Home Nasional Kira-kira 20 peratus daftar tapi tak ambil vaksin – KJ

Kira-kira 20 peratus daftar tapi tak ambil vaksin – KJ

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaludin bersama Menteri Besar Johor, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 di Persada, Johor Bahru hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Kira-kira 20 peratus individu yang mendaftar untuk menerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera di seluruh negara gagal hadir dengan pelbagai alasan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, mereka bagaimanapun boleh membuat penjadualan semula.

“Jika tidak dapat hadir temujanji vaksin ditetapkan penerima seharusnya mengesahkan kehadiran mereka dengan menekan data tidak dapat hadir bagi membolehkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berkaitan membuat keputusan memberikan kepada penerima lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Bertindak Program Imunisasi Covid-19 (CITF) Johor bersama Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad di sini hari ini.

Sementara itu, Khairy berkata, dua PPV Industri akan dibuka di Johor  dan ia membabitkan PPV Industri di Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), Pengerang, Kota Tinggi, yang akan dibuka 16 Jun ini.

“Sebuah lagi PPV Industri akan dibuka di Mount Austin, Johor Jaya menjelang akhir tahun ini di kawasan yang dipenuhi pekerja industri itu.

“Sekiranya bekalan vaksin tidak ada gangguan, saya menjangkakan kerajaan dapat selesaikan memberi vaksinasi kepada tiga juta penduduk Johor pada akhir Oktober ini, ” katanya.

Dalam pada itu,  Khairy berkata, perbincangan juga sedang dilakukan terhadap sektor swasta serta sektor lain di negeri ini bagi membuka PPV berskala besar bagi pekerja industri terbabit.

“Kita sedang berbincang dengan sektor perladangan untuk buka PPV skala besar di kawasan ladang,  selain sektor pembinaan dan peruncitan,” katanya.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Alahaiiiiii duk kat Melaka….bagi vaksin kat Penang..dah 2 kali tolak bagi lokasi yang sama jugak,..pi Balai Polis, polis tak benarkan rentas negeri plak…contact PICK pakai email lah, IG lah langsung tak jawab. Call sentiasa sibuk. Lepas tu nak salahkan rakyat…membosankan…tak efisyen langsung

Comments are closed.