Home Sukan PSG semakin hampir ‘memiliki’ Donnarumma

PSG semakin hampir ‘memiliki’ Donnarumma

Donnarumma

PARIS – Paris Saint Germain (PSG) dikatakan menghampiri proses akhir untuk menandatangani penjaga gol muda Itali, Gianluigi Donnarumma secara percuma kali ini.

Perjalanan karier Donnarumma selama lapan tahun bersama AC Milan berakhir dalam masa terdekat selepas dia tidak memperbaharui kontrak baharu bersama kelab Serie A Itali itu.

Laporan terkini di Itali mencadangkan pemain berusia 22 tahun itu akan menyertai kelab gergasi Ligue 1 Perancis secara percuma.

Berita terbaharu itu memusnahkan impian AS Roma, Chelsea, Juventus dan Manchester United yang memburu khidmat pemain itu sejak setahun yang lalu.

Menurut SkySports, PSG telah menawarkan Donnarumma kontrak bertempoh lima tahun bernilai £10 juta setahun sekaligus menjadikan pemain itu antara penjaga gol bergaji lumayan di Eropah.

Donnarumma akan menjalani ujian perubatan sementara bersama pasukan Itali dalam tugas Euro 2020.

Satu lagi laporan berkata, pemain itu sejurus menandatangani kontrak bersama PSG, dia akan dipinjamkan ke kelab lain untuk tempoh tertentu memandangkan penjaga gol utama mereka Keylor Navas telah memperbaharui kontrak sehingga tahun 2024.

Penjaga gol nombor dua kelab itu, Sergio Rico juga mengikat kontrak sehingga 2024 dan Donnarumma diramal bakal menjadi penjaga gol masa depan kelab itu.-MalaysiaGazette