Home Utama Covid-19: 76 kematian, 24 kluster baharu

Covid-19: 76 kematian, 24 kluster baharu

worst scenario new Variant of Concern VOC Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah at a news conference on the Covid-19 updates in the country. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 08 MAY 2021. Covid-19 new daily cases
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 76 kes kes kematian membabitkan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes kumulatif adalah 3,536 kes sehingga kini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 75 kes melibatkan warga tempatan manakala bakinya bukan warga negara.

Jelas beliau, ia melibatkan 18 kes di Selangor, 13 kes di Johor, sembilan kes di Negeri Sembilan, lapan kes di Kuala Lumpur, tujuh kes di Labuan dan masing-masing empat kes di Kelantan, Melaka dan Kedah.

Menurutnya, selain itu, tiga kes kematian dilaporkan Terengganu, masing-masing dua kes di Perak dan Pahang dan masing-masing satu kes di Sabah dan Sarawak.

“Sebanyak 6,962 kes sembuh dicatatkan dengan jumlah kes kumulatif 541,319 kes.

“Ketika ini, seramai 903 pesakit memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi manakala 458 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham menambah, Kementerian Kesihatan juga telah mengesan sebanyak 24 kluster baharu menjadikan 730 kluster masih aktif.

Tambahnya, daripada jumlah kumulatif 2,385 kluster sehingga kini dan sebanyak 1,655 kluster telah tamat. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kes Covid-19 kekal dalam lingkungan 5,000 kes dua hari berturut-turut