Thursday, November 28, 2024
Home Politik Zambry Kadir dilantik Setiausaha Agung BN

Zambry Kadir dilantik Setiausaha Agung BN

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Kadir dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) hari ini.

Jawatan itu sebelum itu disandang oleh Datuk Seri Ahmad Maslan untuk sementara waktu ketika menggantikan Tan Sri Annuar Musa. 

Dalam satu kenyataan, Presiden BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Dewan Tertinggi BN telah sebulat suara bersetuju dengan pelantikan tersebut.

Selain itu, BN yang dibarisi oleh empat komponen iaitu UMNO, MCA, MIC dan PBRS telah melantik Datuk Seri Azlan Man sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras BN Negeri Perlis berkuatkuasa serta merta.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man

Ia telah diumumkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada malam ini yang telah diadakan secara maya dan dihadiri oleh kesemua komponen BN.

Sementara itu, dalam kenyataan yang sama, Ahmad Zahid berkata, Dewan Tertinggi BN memutuskan untuk menambah kekuatan jentera parti peringkat negeri bagi membantu usaha pendaftaran vaksin khususnya bagi warga emas, orang kelainan upaya dan penduduk kawasan pendalaman.
Selain itu, kata Presiden UMNO itu juga memberitahu, Dewan Tertinggi BN juga menyeru semua pihak untuk mematuhi prosedur operasi standard bagi mengawal penularan Covid-19.-MalaysiaGazette