Home Nasional Lelaki cabul wanita berusia 51 tahun direman empat hari

Lelaki cabul wanita berusia 51 tahun direman empat hari

Antara barang yang dirampas dari suspek kes cabul dan samun di Kondominium Pal Spring dalam kejadian Ahad lalu.

PETALING JAYA – Seorang wanita yang sudah berumahtangga dipercayai baru balik dalam dari tempat kerja ditimpa tragedi menakutkan apabila dicabul kehormatan ketika hendak masuk ke dalam rumahnya dalam kejadian di sebuah kondominium.

Kejadian berlakuĀ  jam 8.20 malam pada Ahad lalu di Kondominium Palm Spring Kota Damansara.

Ketua Polis daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis menerima laporan mangsa yang merupakan pengurus syarikat tempatanĀ  sekitar 8.50 malam mendakwa dia menjadi mangsa cabul.

“Semasa kejadian wanita berusia 51 tahun itu baru sahaja pulang dari kerja dan ketika hendak masuk ke dalam rumahnya dia mendakwa telah dicabul oleh seorang lelaki tidak dikenali disyaki warganegara asing malam yang sama.

“Dalam kejadian itu mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah beliau bertindak atas maklumat laporan mangsa berkenaan, pada Selasa sekitar jam 5.30 petang sepasukan polis dari balai polis Kota Damansara telah berjaya menahan seorang lelaki warganegara asing berumur 26 tahun disyaki terlibat dalam kes cabul itu.

Menurut beliau, suspek ditahan di hadapan pos pengawal keselamatan kondominium tempat tinggal mangsa.

Mangsa telah dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan perubatan bagi tindakan lanjut dalam siasatan kes ini.

Ujar beliau, siasatan ke atas suspek mendapati dia berasal dari salah sebuah negara Timur Tengah, tidak bekerja, menyewa di kondominium yang sama dan memiliki dokumen perjalanan.

“Hasil siasatan lanjut suspek mengaku terlibat dalam kes cabul wanita yang disiasat polis manakala suspek juga akur terlibat satu lagi insiden cubaan samun di hadapan sebuah rumah di kawasan kondominum yang sama.

“Dalam insiden cubaan samun itu, mangsa adalah seorang perempuan tempatan berumur 24 tahun, bekerja sebagai juruaudit dan telah membuat laporan polis pada 5 Jun lalu mengenai kejadian itu.

“Perintah reman empat hari telah diperoleh dari Majistret Petaling Jaya dan kes sedang disiasat di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan dan Seksyen 393 akta yang sama mencuba melakukan rompakan.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sepuluh tahun,” tegasnya.-MalaysiaGazette