Home Nasional 50% daripada 13 kawasan sudah dapat bekalan air

50% daripada 13 kawasan sudah dapat bekalan air

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja kecemasan bagi pembaikan paip pecah di Jalan Kuari, Kuala Lumpur telah siap dilaksanakan pada jam 9 malam tadi dan bekalan air di 13 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual telah mula disalurkan bermula jam 3:30 pagi, 10 Jun 2021 secara berperingkat-peringkat.

Sehingga jam 7 pagi ini, pemulihan bekalan air di 13 kawasan yang terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini telah mencapai tahap 50%.

Pengurusan Air Selangor sedang berusaha untuk menstabilkan sistem agihan bekalan air.

Justeru itu, tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

Pemulihan sepenuhnya bekalan air ke 13 kawasan yang terjejas dijangka pada jam 8 malam ini.

Menurutnya, bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki akan terus digerakkan di kawasan yang masih terjejas. – MalaysiaGazette