KUALA LUMPUR – MIC telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara (KPN) semalam bagi memanjangkan kebimbangan umum terhadap isu kematian dalam tahanan.
Presidennya, Tan Sri SA Vigneswaran yakin dengan komitmen dipamerkan oleh polis dalam memastikan umum rasa selamat dengan pasukan keselamatan ini.
Pada pertemuan itu, Vigneswaran memaklumkan kepada Datuk Seri Acryl Sani tentang apa yang sedang berlaku terutama persepsi segelintir masyarakat terutama kaum India di negara ini ekoran isu yang berlaku.
Malah beliau memberi gambaran pertemuan dengan Acryl Sani telah berlangsung selama hampir dua jam itu positif.
“Saya sememangnya sungguh gembira dengan komitmen serta ketelusan yang ditunjukkan oleh KPN baharu kita, Datuk Seri Acryl Sani. Beliau cukup maklum dengan apa yang berlaku di bawahnya.
“Pengalaman luasnya dalam dunia kepolisan ini telah memberikan beliau ruang untuk segera memahami sentimen serta kerisauan umum tentang insiden kematian dalam tahanan pada masa ini.
“Saya telah menggunakan peluang ini untuk memaklumkan kepada beliau tentang kebimbangan umum dengan apa yang berlaku pada masa ini, pastinya kematian dalam tahanan polis,” katanya malam tadi.
Vigneswaran juga turut mencadangkan inkues bagi setiap kes kematian mendadak yang berlaku dan beliau berjanji akan melakukannya selepas kertas siasatan dilengkapkan dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
“Saya telah dimaklumkan pihak polis tidak kisah dengan inkues dan menyambut baik cadangan tersebut kerana pada hemat mereka tidak ada apa-apa yang dirahsiakan dari pihak mereka.
“Sebaliknya siasatan telus mampu membersihkan persepsi umum bahawa polis tidak melakukan jenayah sehingga membunuh seperti yang digembar gemburkan itu,” katanya.
Beliau juga dimaklumkan polis ketika ini juga sedang dalam proses mengetatkan lagi prosedur standard operasi (SOP) ketika menahan suspek pada masa hadapan agar tidak ada sebarang kecuaian berlaku.
“Antara yang akan dilaksanakan selepas ini termasuklah bertanya terlebih dahulu tentang penyakit atau sakit kronik dihadapi oleh suspek, tahap kesihatan mereka juga akan disemak dulu. Semua itu akan diberi diambil kira kerana ianya penting.
Dalam pada itu, Vigneswaran turut berkongsi inisiatif-inisiatif yang dilakukan oleh MIC melalui Malaysia Indian Youth Development Foundation (MIYDF) dengan mengambil kira betapa pentingnya untuk menangani isu-isu sosial dan jenayah.
Menurutnya, perjuangan mendidik masyarakat India dalam isu sosial dan jenayah ini bukanlah sesuatu yang baharu sebaliknya sejak dirinya bergelar Ketua Pemuda MIC pada awal pertengahan tahun 2000 lagi.
“Saya berkongsi kepada KPN tentang apa kita lakukan sekitar 2006 atau 2007 sehinggalah ke hari ini. Sememangnya isu-isu ini begitu dekat dengan saya dan saya cukup memahami apa yang menjadi kebimbangan umum terutamanya kaum India.
“Pelbagai inisiatif, program kesedaran, seminar dan banyak lagi yang kita anjurkan sejak itu terutamanya dalam mendekati golongan muda,” katanya.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
kalo terima cadangan dan tunduk dengan tekanan utk siasat kes kematiantahanan baru-baru ni rasanya KPN baik letak jawatan. bukan racist atau nak m ini juga dapat dilihat dikalangan pemimpin meklencari masalah tapi biar adil bilamana kes adib dibuat sambil lewa tapi bila babitkan bukan melayu semua pihak bersungguh nak membantu. keadaan ini dapat dilihat dengan pemimpin melayu PH bersungguh membantu bila ada kes-kes sebegini yang melibatkan bukan melauat orang melayu jangan lagi terpengaruh dengan orang sebegini selagi mana mereka tak ikhlas dalam pertahankan orang melayu. tapi bila terjadi kepada orang melayu mereka seolah butakan mata dan pekakkan telinga, tapi bila nak meraih undi sibuk menagih simpati orang melayu. boleh pergi jahanam orang-orang sebegini .