Home Nasional Amalan kerohanian, bimbing rakan faktor cemerlang SPM – Aisyah

Amalan kerohanian, bimbing rakan faktor cemerlang SPM – Aisyah

Aisyah Aidi Shukri, 17 tahun berkongsi pencapaian kejayaan terdahulu juga cemerlang memperoleh 11A dalam SPM 2020

KUANTAN – Memelihara ibadat harian dan inisiatif membimbing rakan sebaya di sekolah dapat memajukan Aisyah Aidi Syukri, 17, dalam akademik sehingga menjdai pelajar cemerlang aliran sekolah agama di Pahang.

Selain daripada mendepani cabaran belajar kendiri sepanjang tempoh pandemic Covid-19, Aisyah berkongsi rahsia kecemerlangannya dengan membantu rakan seperjuangan.

“Kita dapat lebih memahami bila ajar orang lain, kita lagi lebih mahir apa yang kita ajarkan orang lain dan lebih ingat cara menyelesaikan soalan.

“Contohnya bila kawan tanya soalan yang kita kurang mahir jadi sekali gus dapat ‘refresh’ balik pengajian kita tentang subjek itu, baru dapat bantu kawan-kawan.

“Ramai kawan tanya soalan berkaitan Matematik Tambahan, dan soalan yang mereka tanya keluar balik dalam soalan peperiksaan SPM sebenar dapat membantu saya,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette hari ini.

Jelas Aisyah, Ibunya selalu sentiasa mendorong dan mengingati beliau untuk mendalami Al-Quran, melakukan solat tahajud dan solat hajat.

Pelajar Sekolah Menengah Al Ihsan di Kuantan yang memperoleh 11A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu mengakui tusiyen dalam talian selama dua bulan yang diikutinya membantu membuat persiapan akhir menjelang peperiksaan itu.

ARTIKEL BERKAITAN :

Gelagat Pelajar Ketika Terima Keputusan Cemerlang SPM

SPM 2020 catat pencapaian lebih baik dalam tempoh 5 tahun – Radzi

Covid-19 bukan penghalang capai keputusan SPM cemerlang

Dalam pada itu, MalaysiaGazette berpeluang menemu bual ibu bapa Aisyah yang turut berkongsi tips kejayaan anak nombor dua mereka agar  menjadi contoh kepada adik-adiknya.

Aidi Syukri Abdul Halim, 48, dan  Nor Syamsuriani Sudin, 47, tidak menduga keputusan cemerlang yang diperoleh Aisyah dan mengakui mereka menekankan kepada keempat-empat anak mereka supaya sentiasa membaca hadis, Al-Quran dan menjaga solat.

“Apa yang dapat, kita reda dan terima kerana tahu dia dah berusaha bersungguh-sungguh, gembira dan anggap anugerah Allah.

“Sebelum ini, peperiksaan percubaan Aisyah memperoleh 8A dan semasa tingkatan 4 juga memperoleh 10 Mumtaz iaitu semua A dalam Sijil Menengah Agama (SMA),” jelas Aidi sambil menambah anaknya itu ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi atau pergigian. – MalaysiaGazette