Home Sukan Moyes kecewakan Everton

Moyes kecewakan Everton

Moyes sambung kontrak tiga tahun bersama Hammers sekaligus meranapkan impian Everton mendapatkan semula khidmatnya.

LONDON – David Moyes menandatangani kontrak baharu bertempoh tiga tahun bersama West Ham United sekaligus mengecewakan bekas kelabnya Everton yang mengintai khidmatnya semula.

Kontrak baharu itu dimeterai oleh Moyes bersama the Hammers setelah berjaya membantu pasukannya menamatkan saingan kempen Liga Perdana Inggeris musim 2020/21 di tangga enam dan dianggap pencapaian kedua terbaik untuk kelab itu.

Malah kejayaan Moyes melayakkan skuadnya untuk beraksi dalam Liga Eropah musim hadapan memberi kelebihan kepada kelab mengikat khidmatnya untuk tempoh lama.

Berita itu sekaligus memberi nafas lega kepada para penyokong setia West Ham yang bimbang pengurus berkaliber itu akan dirembat oleh bekas kelabnya, the Toffees selepas Carlo Ancelotti meninggalkan pasukan dan dilantik sebagai Pengurus Real Madrid.

Moyes juga mengharapkan sokongan padu dari pengasas kelab Hammers dalam jendela perpindahan yang baru bermula awal Jun ini dalam merekrut pemain berpotensi untuk pembangunan skuadnya.

Moyes mensasarkan pemain berpotensi dalam kelab jiran dan sedia merembat Tammy Abraham dari Chelsea and Jesse Lingard yang menjalani pinjaman dari Manchester United yang menyerlah di bawah bimbingannya musim lalu.

Justeru bekas pengurus Man United itu juga dalam proses perbincangan untuk menstruktur semula kakitangannya selepas Alan Irvine berundur atas alasan peribadi dan Billy McKinlay antara individu yang disenarai pendek Moyes untuk menggantikan Irvine.

Moyes telah mengemudi Everton selama 11 years dan telah dikhabarkan kembali ke kelab itu selepas Ancelotti berhijrah ke La Liga Sepanyol.

Jurulatih skuad pertama Hammers Stuart Pearce mendedahkan Moyes secara ;prinsip sudah bersetuju untuk kekal di Stadium London. – MalaysiaGazette