Home Sukan Euro 2020: Itali menang bergaya 3-0 ke atas Turki

Euro 2020: Itali menang bergaya 3-0 ke atas Turki

Skuad Gliz Azzurri menang bergaya 3-0 ke atas Turki dalam aksi pembukaan Kejohanan Piala Euro 2020 awal pagi tadi.

LONDON – Itali memulakan kempen Kejohanan Euro 2020 dengan penuh bergaya apabila menang selesa 3-0 ke atas Turki pada aksi pembuka tirai awal pagi tadi.

Itali yang berentap di hadapan peminat sendiri tidak berdepan masalah untuk bertemu Turki.

Di separuh masa pertama, kedua-dua pasukan buntu mencari gol pembukaan apabila kebal di bek pertahanan menyebabkan keputusan terikat seri tanpa jaringan.

Namun di separuh masa kedua, Itali berjaya memecahkan ego pelawat apabila pemain Turki menyumbang gol kepada skuad Gli Azzurri kendalian Roberto Mancini selepas menjaringkan gol di gawang sendiri pada mi nit ke-53.

Itali yang menerima suntikan semangat dengan gol pertama itu terus mengatur serangan di gawang lawan sebelum Ciro Immobile membuka gol kedua pada minit ke-66.

Sebelum Turki sempat bernafas semula dan mengatur serangan balas, Itali terus mengganas sebelum menjaringkan gol ketiga pada minit ke-79 menerusi Lorenzo Insigne.

Keputusan itu sekaligus menyaksikan Itali mengungguli carta kumpulan A dengan tiga mata penuh.

Skuad Mancini telah menghasilkan 24 percubaan tepat gol di gawang gol Turki dalam perlawanan pembukaan itu namun tidak dapat menghasilkan gol di babak pertama. – MalaysiaGazette