KUALA LUMPUR – Surat kelulusan yang telah telah diperolehi oleh syarikat melalui Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula 1 Jun 2021, masih terpakai sepanjang tempoh lanjutan PKP 3.0.
Kenyataan itu dibuat oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) susulan pengumuman lanjutan PKP dua minggu lagi, bermula Selasa ini, 15 Jun hingga 28 Jun 2021. – MalaysiaGazette