Home SISWA UTeM beri sumbangan kepada pesakit Covid-19

UTeM beri sumbangan kepada pesakit Covid-19

UTeM bersama rantaian kumpulan kerjasama menghulurkan sumbangan kepada kumpulan pesakit Covid 19 yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC), Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh, baru-baru ini.

MELAKA – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan rantaian kumpulan kerjasamanya menghulurkan sumbangan kepada pesakit Covid 19 yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC), Pusat Dagangan
Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh, baru-baru ini.

PKRC MITC ini menempatkan pesakit positif Covid tahap satu dan dua susulanUTeM beri sumbangan kepada pesakit Covid-19
daripada peningkatan kes yang mendadak sebelum ini.

Inisiatif dan semangat yang telah dizahirkan ini adalah selari dengan slogan “UTeM
adalah Melaka dan Melaka adalah UTeM” yang mana UTeM sentiasa cakna dan
prihatin dalam segenap perkara berkaitan demi kebaikan sejagat.

Penolong Naib Canselor, Jaringan Industri dan Masyarakat UTeM, Prof Madya Ir Dr
Md Nazri Othman berkata, program ini dijayakan menerusi kerjasama erat antara
UTeM menerusi Pejabat Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), PKRC MITC dan warga Melaka.

Jelasnya, gandingan erat ketiga-tiga pihak ini menzahirkan apa yang kami hasratkan
mengumpulkan dana bersama seterusnya menghulurkan sumbangan agar dapat
meringankan beban yang ditanggung oleh petugas dan pesakit Covid 19 di sini.

Sinergi ini turut memupuk semangat bantu-membantu sesama komuniti warga UTeM, intitusi kerajaan dan masyarakat terhadap mereka yang menjadi mangsa penularan pandemik ini.

“Sumbangan yang diberikan dalam bentuk makanan kering, air minuman, bahan
bacaan seperti Al Quran, buku, majalah, komik dan keperluan peribadi seperti sabun
mandi, syampu dan ubat gigi di samping 3 unit alat pembesar suara,” katanya.

Md Nazri mewakili UTeM merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini terutama kepada warga
Melaka dan UTeM yang memberikan sumbangan dana dan pihak PKRC MITC.

Beliau berkata, UTeM akan terus komited dalam menjayakan program yang memberikan kebaikan bersama ini kerana ianya selaras dengan konsep T.U.N.A.I iaitu Technology @ University Advancing Industry and Society yang menjadi amalan dan budaya universiti ini. – MalaysiaGazette