Home Dunia Lelaki masuk dalam mulut paus 30 saat

Lelaki masuk dalam mulut paus 30 saat

penyelam Udang Galah yang terselamat dari mulut Paus

LONDON – Seorang lelaki menyifatkan dirinya umpama dilahirkan semula selepas hampir maut dibaham ikan paus hampbac baru-baru ini.

Michael Packard berkata, keseluruhan badannya sudah memasuki rahang paus itu sebelum diludahkan semula.

Detik-detik ajaib itu diceritakan olehnya yang juga seorang penyelam profesional.

Ketika kejadian dia sedang menyelam untuk menangkap udang galah di permukaaan laut Cape Cod Mssachusettes.

Pada awalnya, bapa berusia 56 tahun itu menyangka dirinya telah diserang jerung.

Bercakap kepada sebuah stesen televisyen tempatan WBZ-TV, dia berkata:”Tiba-tiba saya merasakan lebam besar sebelum keadaan sekeliling saya menjadi gelap dalam sekelip mata.

Tetapi penyelam berpengalaman selama 40 tahun itu dengan cepat menyedari bahawa dia tidak dapat merasakan gigitan atau kesakitan.

“Kemudian barulah saya sedar, ya Tuhan, saya berada di dalam mulut ikan paus…. dan ikan mamalia itu cuba menelan saya.

“Saya akhirnya menganggap riwayat saya sudah berakhir dan saya akan mati,” katanya ketika mengenang detik tersebut.

Tambah Michael ketika memikirkan isteri dan anak kesayangannya, dia sedang berpusing dalam mulut ikan paus yang seperti gua selama 30 saat.

Mamalia itu kemudian muncul di permukaan atas air sebelum mengoyangkan kepalanya sebelum meludah Michael keluar dari mulutnya.

Kejadian itu disaksikan oleh rakan sekerjanya Josiah Mayo yang sedang menunggunya di atas kapal di laut.

“Saya diludah keluar ke udara dan mendarat atas permukaan air laut.. ketika itu saya hanya tahu sedang melayang di udara sambil tidak dapat percaya keluar dari rahang ikan gergasi dunia itu.

“Saya kemudian ditarik dari air ke kapal oleh rakan dan dikejarkan ke Hospital Provincetown,” ujarnya.

Namun keesokan harinya dia dibenarkan pulang ke rumah kerana hanya mengalami kesan lebam pada badannya dan tiada sebarang patah tulang.

Michael berkongsi detik aneh itu dalam Facebook untuk tatapan komuniti dunia.

Pakar saintis Oceanologi Peter Corkeron dari Akuarium New England berkata, insiden aneh ini hanya berlaku sekali dalam trilion. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.