Home Nasional Dua jiran bergaduh rebut kawasan tanaman, parkir kereta

Dua jiran bergaduh rebut kawasan tanaman, parkir kereta

KUALA LUMPUR – Gara-gara tidak berpuas hati dengan isu tanaman dan masalah parkir kenderaan, dua keluarga berjiran terlibat dalam pergaduhan semalam.

Insiden itu berlaku di taman perumahan Seksyen 24 Shah Alam dan tular di media sosial, kata Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib.

Menurutnya, polis menerima dua laporan daripada kedua-dua pihak yang terlibat dalam pergaduhan itu dan siasatan mendapati kejadian berlaku pada 11 Jun, sekitar jam 3 petang.

“Kesemua yang terlibat telah dipanggil untuk dirakam percakapan dan siasatan lanjut telah dijalankan setelah laporan polis diterima,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 269, Seksyen 148, Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) PPPB 2021 iaitu kesalahan dibawah pelanggaran prosedur operasi standard PKP yang boleh membawa hukuman penjara dan juga denda.

Namun katanya, selepas siasatan itu, kedua-dua keluarga berjiran dalam insiden berkenaan bersetuju untuk berdamai dan telah menarik semula laporan polis.

Bagaimanapun polis masih meneruskan siasatan secara adil dan saksama meskipun kedua dua pihak telah menarik semula laporan polis itu

Kertas siasatan akan dirujuk ke Kamar Timbalan Pendakwa Raya dalam kadar segera bagi mendapatkan keputusan tindakan lanjut – MalaysiaGazette