Home Seni Hidup Himaya sumbang 10,000 pelitup muka ke PPUM

Himaya sumbang 10,000 pelitup muka ke PPUM

Sebanyak 10,000 keping pelitup muka jenama Himaya disumbang kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya.

KUALA LUMPUR – Anggun Kirana Sdn.  Bhd. iaitu syarikat pengeluar Himaya Premium Hijab Medical Mask menyumbangkan 10,000 keping pelitup muka itu kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menurut pengasas Himaya Premium Hijab Medical Mask, Datuk KK Chua, sumbangan tersebut adalah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikatnya sebagai memberi sokongan terhadap pengorbanan petugas barisan hadapan yang saban waktu bertungkus lumus dan bergadai nyawa dalam merawat pesakit Covid-19.

Kata Chua, dalam menghadapi keadaan jangkitan dan pesakit wabak itu yang semakin meningkat, golongan itu memerlukan perlindungan yang paling maksima.

“Pelitup muka Himaya telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu perakuan MDA (Medical Device Authority)  sebagai pelitup muka perubatan jadi frontliner boleh  memakainya tanpa was-was.

“Bukan itu sahaja, ia juga sangat selesa dan amat sesuai digunakan oleh petugas barisan hadapan yang sentiasa berhadapan dengan risiko tinggi jangkitan Covic-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pelitup muka Himaya telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia

Chua menambah, sumbangan pelitup muka itu akan teruskan kepada beberapa lagi hospital yang sedang dalam perancangan.

“Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu frontliner dan pesakit untuk meratakan jangkitan Covic-19” katanya.

Sementara itu, pegawai pusat perubatan itu, Dr Ileena Abdul Muin berkata, pihak hospital amat berterima kasih di atas sumbangan itu.

“Ia sangat membantu petugas di pusat perubatan ini kerana kami memerlukan pelitup muka yang banyak,” katanya.

Seorang lagi pegawai perubatannya, Dr Amir Arif Ahmanul berkata, usaha yang dilakukan oleh syarikat mask berkenaan adalah satu inisiatif yang sangat baik.

“Sumbangan itu  membantu kelangsungan kerja-kerja klinikal kami yang  memerlukan kami memakai pelitup muka perubatan setiap masa. Terima kasih atas sumbangan ini,” katanya. – MalaysiaGazette