Home Nasional ‘Perang’ Takiyuddin, Azalina berterusan

‘Perang’ Takiyuddin, Azalina berterusan

Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR – Setelah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Hal Ehwal Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengeluarkan kenyataan  tiada cubaan mengalihkan ‘tiang gol’ – beberapa jam selepas itu, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said Said menjawabnya.

Azalina berkata, dengan kerajaan “mengubah” peranan Jawatankuasa Khas Bebas yang sepatutnya menasihati Yang di Pertuan Agong, maka ia menyebabkan kerajaan telah membuat percaturan permainan yang baharu.

“Semua orang ‘bermain’ untuk menang. Tetapi untuk menang dengan segala cara tanpa mengira peraturan yang ada, adalah tidak etika.

“Dengan mengubah peraturan di tengah permainan, anda membuat permainan lain. Ini menjadikan ‘pengadil’ nampak jahat,” katanya di Twitter hari ini.

Ciapan itu dibuat Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang sejam selepas ‘perang media sosial’ antara beliau dan Takiyuddin berlangsung sejak semalam.

Takiyuddin hari ini menafikan ada percubaan untuk mengalih ‘tiang gol’.

“Tiada siapa yang alih tiang gol,” jawabnya terhadap kenyataan Azalina semalam.

Azalina semalam berkata, kerajaan tidak seharusnya “mengalihkan tiang gol” ketika darurat hampir berakhir.

“Sekiranya demikian (Kabinet akan menasihati Agong), apa gunanya membentuk Jawatankuasa Khas Bebas untuk menasihati Yang di Pertuan Agong di bawah Seksyen 2 (1) Ordinan Darurat 2021?

“Berhenti mengalihkan tiang gol!” katanya dalam ciapan di Twitter dengan menandakan (tag) akaun Takiyuddin semalam.

Ketika itu, Takiyuddin berkata langkah yang diambil hanya untuk memperbetulkan keadaan sebenar.

“Yang dibuat adalah betulkan Peraturan Permainan supaya membantu Referee buat pengadilan yang betul. “To achieve goals does not mean to change the goal post”,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tiada siapa alih tiang gol, jawab Takiyuddin kepada Azalina