Home Sukan Aksi pertama Neymar bersama PSG tertangguh

Aksi pertama Neymar bersama PSG tertangguh

Neymar Jr.

PARIS – Impian pemain termahal dunia, Neymar Jr untuk membuat penampilan sulung hari ini tidak kesampaian selepas masalah teknikal yang dihadapi ketika urusan perpindahannya dari Barcelona ke  Paris Saint German (PSG).

Neymar dijadual akan beraksi buat pertama kali bersama PSG menentang Parc De Prince dalam perlawanan pembukaan Ligue 1.

Penampilan pemain berusia 25 tahun itu dinanti-nantikan  peminat bola sepak dunia untuk melihat aksi pemain bernilai 199 juta pound sterling itu.

Laporan media di Perancis mendakwa, surat pengesahan perpindahan Neymar belum diterima bagi memudahkan urusan pendaftaran pemain kelahiran Brazil itu.

Pihak yang menguruskan Ligue 1, LFP dikatakan masih menunggu dokumen daripada pihak pengurusan La Liga.

Sebelum ini, pegawai pengurusan La Liga mengkritik perpindahan Neymar itu selepas presidennya, Javier Tebas berhasrat mengemukakan aduan kepada Fifa, Kesatuan Eropah dan mahkamah di Switzerland tentang pembelian pemain antarangsa Brazil itu.

Tebas mendakwa, pembelian itu dianggap tidak adil kerana PSG menerima suntikan wang yang tidak terhad daripada pemilik. – MalaysiaGazette

+ posts