Home Dunia Lelaki didakwa terlibat kes culik sudah diusir dari Malaysia

Lelaki didakwa terlibat kes culik sudah diusir dari Malaysia

Remy Daillet-Wiedemann. foto Agensi

PARIS – Seorang penjenayah warga Perancis yang dikehendaki dalam kes penculikan kanak-kanak perempuan di negara ini pada April lalu telah diusir dari Malaysia, lapor media Perancis semalam.

Sumber Perancis berkata, Remy Daillet-Wiedemann dan ahli keluarganya telah dihantar pulang ke negara asal mereka selepas dikesan menetap secara haram.

Individu berusia 55 tahun itu dikehendaki pihak berkuasa Perancis susulan kes kehilangan kanak-kanak perempuan dari rumah neneknya di wilayah timur negara itu.

Pada April lalu, Pendakwa Raya Perancis mengeluarkan waran tangkap Interpol ke atas Remy.

Remy Daillet bersama isteri serta tiga anaknya telah diserahkan kepada pihak pihak berkuasa Perancis di Lapangan Terbang Antaranangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan diterbangkan dengan menggunakan pesawat, kata sumber itu.

Kanak-kanak lapan tahun yang tinggal bersama neneknya di Vosges telah diculik dan kemudian ditemui bersama ibunya di sebuah kilang tidak beroperasi berhampiran  Switzerland.

Ibu kepada kanak-kanak itu serta empat lagi lelaki telah ditahan polis Perancis untuk membantu siasatan.

Bagaimanapun, siasatan polis beralih kepada Daillet yang disyaki memainkan peranan dalam penculikan itu.

Namun dalam wawancara di sebuah stesen TV Perancis ketika itu, Daillet menafikan kes itu satu penculikan tetapi ia adalah usaha   mengembalikan kanak-kanak itu atas permintaan ibu kandungnya.- MalaysiaGazette