BANGI – Pemandu Uber ambil ‘penumpang’ dari tanah kubur di Bandar Baru Bangi di sini menjadi tular di media sosial.
Kisahnya, seorang pemandu Faizal Khamaruzaman menerima panggilan telefon daripada seseorang yang menyuruhnya mengambil seseorang.
Lokasinya di tengah-tengah Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Bangi tetapi tidak ada sesiapa pun disitu.
Bila dia mahu mengesahkan semula lokasi ia memang betul dan ‘penumpang’ itu melalui telefon suruh memulakan trip perjalanan.
Apa yang menyeramkan, apabila sampai di lokasi yang suruh dihantar ‘penumpang’ menyuruhnya membuka pintu belakang sambil membaca bismillah dan selawat melalui telefon.
Pembayaran melalui kad kredit.
Bagaimanapun, pemandu Uber itu sendiri yang tahu cerita sebenar sama ada ia benar atau ‘dipermainkan’ orang.- MalaysiaGazette
[KISAH SERAM 'PENUMPANG' UBER: DARI KUBUR NAK KE MANA TU ? ] Kisahnya, abang Faizal Khamaruzaman buat Uber trip malam.. Melalui panggilan telefon je, 'penumpang' mintak ambik dekat pin pickup location (iaitu TENGAH-TENGAH Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Bangi) tapi, takde orang kat situ. Bila bro ni confirm balik location, memang betul lah kubur tu tempatnya dan 'penumpang' tu suruh start trip dari location kubur yg takde org naik pun tadi.. VIDEO – Bila dah sampai drop-off location, 'penumpang' suruh abang tu baca bismillah, dan salawat, dan buka pintu belakang. Lepas tutup pintu, 'penumpang' suruh end trip.. SIAP CAKAP, TERIMA KASIH TUMPANGKAN lagi. Trip di bayar guna kad kredit/debit. Mau tak menggigil lepas tu????? Allahu kalau admin la.. kereta ke mana, hape ke mana.. p/s: yg tak kuat semangat jangan tengok video ni. memang takde entiti tapi lepas admin habis tengok tu meremang gak la bulu roma. kredit : Faizal Khamaruzaman
Posted by Bistro Kucing Sado on Sabtu, 5 Ogos 2017
Home Decor
Pemandu Uber ambil 'penumpang' dari kubur – MalaysiaGazette