KUALA LUMPUR – Menara milik Telekom Malaysia yang dikongsi bersama dengan Celcom telah tumbang dipercayai akibat kejadian hujan lebat dan angin kencang di Seberang Perak, Perak Tengah pada Ahad lalu.
Kejadian itu berlaku sekitar jam 4 petang.
Ekoran daripada kejadian menara yang tumbang, gangguan liputan komunikasi dan Internet dijangka berlaku bagi pelanggan TM Unifi Mobile dan Celcom.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, pihaknya telah mengarahkan penyedia perkhidmatan yang berada di menara tersebut untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih dengan segera.
Sebagai langkah awal, Mobile Base Transceiver Station (MBTS) akan digerakkan ke lokasi kejadian untuk memberikan perkhidmatan dan memulihkan liputan selewat-lewatnya Jumaat ini. – MalaysiaGazette