![kes c19](https://staging.malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2021/06/kes-c19.jpg)
KUALA LUMPUR – Angka kes Covid-19 di negara ini kembali melonjak melepasi 5,000 kes hari ini kepada 5,419 setakat jam 12 tengah hari ini berbanding 4,949 kes semalam.
Dengan pertambahan itu, jumlah kumulatif kes jangkitan Covid-19 bertambah kepada 667, 876.
Selangor terus menjadi negeri penyumbang terbesar kes Covid-19 hari ini dengan 1,996 kes berbading 1,523 kes semalam.
Ia menyaksikan kenaikan 473 kes dalam tempoh 24 jam.
Selain Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Melaka dan Kelantan, Negeri Sembilan dan Johor merekodkan peningkatan kes.
Kedah, Pulau Pinang, Putrajaya, Terengganu, Pahang dan Sabah menunjukkan penurunan kes jangkitan.
Labuan yang rekodkan 138 kes semalam, menyaksikan lonjakan kes hari ini kepada 138.
Perlis masih kekal satu satu kes sejak semalam. – MalaysiaGazette