Home Dunia Bayi meninggal dunia akibat ditinggalkan dalam kereta selama 6 jam

Bayi meninggal dunia akibat ditinggalkan dalam kereta selama 6 jam

Skyler didapati maut kerana strok haba ketika ditinggalkan dalam kereta oleh ibunya, Fowler

GEORGIA, Amerika Syarikat – Seorang bayi perempuan maut apabila ditinggalkan ibunya selama enam jam dalam kereta akibat kecuaian ibunya.

Dijannelle Fowler, ibu kepada Skyler dipercayai meninggalkan bayi malang berkenaan ketika mendapatkan perkhidmatan dandanan rambut di salon berhampiran.

Ibu muda berkenaan didapati meninggalkan bayinya itu di tempat duduk belakang dan membiarkan enjin keretanya hidup selama enam jam.

Daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Fowler didapati kembali ke keretanya kira-kira jam 4 petang dan kemudiannya memasuki salon berkenaan untuk meminta bantuan seorang lelaki bagi menghidupkan kembali kenderannya yang telah mati.

Polis DeKalb County percaya bahawa Skylar sudah mati pada ketika ini dan ibunya mungkin menyembunyikan kematian bayinya daripada pengetahuan lelaki berkenaan.

Seorang jurucakap polis berkata, Skyler mungkin mati antara jam 4.00 dan 4.54 petang.

Kejadian berlaku pada 15 Jun lalu dan Fowler kini dihadapkan ke mahkamah ekoran tuduhan kekejaman terhadap kanak-kanak dan menyembunyikan kematian.

Suhu di Georgia ketika itu adalah sekitar 92 darjah Fahrenheit – atau sekitar 32 Celcius. -Agensi