Home Nasional Perbincangan khas Raja-Raja Melayu esok

Perbincangan khas Raja-Raja Melayu esok

Istana Negara

KUALA LUMPUR – Semua pandangan pemimpin-pemimpin politik dalam sesi mengadap ke atas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bermula 9 Jun lalu dan berakhir petang tadi akan dibincangkan dalam Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu esok.

Sehingga petang tadi seramai 18 pemimpin parti politik telah mengadap baginda secara bersemuka dan maya di Istana Negara.

Baginda turut berkenan menerima menghadap Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021, Tun Arifin Zakaria hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, sesi menghadap para pemimpin parti politik adalah atas inisiatif serta keprihatinan tinggi baginda dan berkaitan dengan usaha-usaha memerangi penularan jangkitan wabak Covid-19 serta pelaksanaannya semasa tempoh darurat.

“Susulan sesi menghadap itu, pandangan-pandangan yang dikemukakan para pemimpin politik akan diwakilkan di Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu esok jam 2.30 petang,” katanya.

Artikel berkaitan:

Selain itu, beberapa pakar dari agensi-agensi kerajaan turut dijadual memberi sembah taklimat mengenai hal-hal berkaitan kesihatan, keselamatan, politik dan ekonomi negara di Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu esok. – MalaysiaGazette