Home Dunia Curiga kekasih curang, lelaki gantung diri sambil ‘Video Call’

Curiga kekasih curang, lelaki gantung diri sambil ‘Video Call’

Hidayatullah nekad bunuh diri selepas curiga kekasihnya berlaku curang

SULAWESI – Akibat curiga akan kekasihnya berlaku curang, seorang lelaki bertindak menggantung dirinya di dalam rumahnya di Sulawesi, Indonesia baru-baru ini.

Hidayatullah, 18 tahun, didapati menggantung dirinya sambil mengadakan ‘Video Call’ dengan kekasihnya ekoran perasaan curiga yang tidak menentu.

Polis yang pergi ke rumahnya mendapati Hidayatullah tergantung di rumahnya dan menegaskan mangsa membunuh diri dan menolak aktiviti jenayah berlaku terhadap mangsa.

“Kami sudah periksa. Tidak ada bukti kalau dia lakukan atau kematian Hidayatullah adalah disebabkan orang lain.

“Tidak ada orang lain yang berusaha membunuhnya. Jika Hidayatullah dibunuh oleh seseorang termasuk Apriani, sudah pasti dia akan menjerit meminta tolong tetapi hal tersebut tidak berlaku,’’ kata polis.

Menurut bukti yang diperolehi polis, semasa mengadakan ‘video call’ dengan kekasihnya Apriani, Hidayatullah sedang memasang tali ke lehernya dan nekad membunuh diri.

Apriani kemudiannya dikatakan menghubungi semula lelaki itu beberapa kali namun panggilannya tidak dijawab.

Siasatan itu dijalankan oleh polis selepas tersebar khabar angin Hidayatullah telah dibunuh. -MalaysiaGazette.