GAZA – Rejim Zionis kembali melancarkan serangan ke atas Gaza pada awal pagi tadi selepas hampir sebulan gencatan senjata berkuatkuasa.
Pencabulan terbaru itu dikatakan sebagai tindak balas pelepasan belon yang diisi bahan mudah terbakar dari wilayah itu ke sempadan kawasan yang dikuasai Israel.
Menurut Haaretz, ia telah menyebabkan sekurang-sekurangnya 20 kebakaran.
Sebagai tindak balas, rejim telah menyasarkan serangan roket ke atas Gaza City dan Khan Younis.
Gaza tonight pic.twitter.com/2iwp09R1js
— Muhammad Smiry (@MuhammadSmiry) June 15, 2021
Mengulas perkembangan itu, Tel Aviv menegaskan ia bersedia untuk berdepan dengan sebarang senario termasuk kembali berperang dengan Hamas.
Perkembangan yang berlaku itu dikatakan sebagai tindak balas provokasi berterusan yang dilakukan rejim Zionis dan penyokongnya terhadap pengusiran penduduk Arab di kawasan yang dikuasainya di Tebing Barat.
Beberapa jam sebelum serangan dibuat, beribu penduduk Yahudi mengambil bahagian dalam perarakan “Flag March” bagi meraikan ulangtahun kejayaan mereka menawan Baitulmaqdis Timur pada 1967.
Berikutan perkembangan itu, Hamas telah menyeru rakyat Palestin meneruskan penentangan untuk mempertahankan hak mereka dan Masjid Al Aqsa.- MalaysiaGazette