Home Seni Hidup Kanser limfoma, berat Elyana kini hanya 35 kilogram

Kanser limfoma, berat Elyana kini hanya 35 kilogram

Foto Instagram Elyana.

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular, Elyana mendedahkan beratnya kini hanya 35 kilogram sahaja susulan menjalani rawatan kanser selama ini.

Perkara tersebut telah dimaklumkan sendiri oleh Elyana menerusi perkongsian di Insta Story miliknya.

“Assalammualaikum semua. Sekarang saya tengah masukkan darah. Ini baru first bag darah dan saya kena masukkan dua bag. Satu bag sekitar tiga jam. Kemudian, akan disambung dengan susu kerana saya tak cukup berat. Berat saya kini sekitar 35 kilogram.

“Selepas treatment ini, kemungkinan besar saya kena buat radioterapi sebab doktor tahu saya tak nak kimo. Buat radioterapi di bahagian dada.

“Disebabkan saya selalu batuk, saya punya liver (hati) pun agak bengkak sikit, paru-paru juga bengkak sikit. Jadi, apa-apa pun kena buat CT scan dulu sebelum kita decide untuk buat radioterapi,” jelasnya.

Pada masa sama, penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu turut berharap agar semuanya dapat mendoakan proses rawatan yang dijalaninya berjalan lancar.

Hopefully semua berjalan lancar. Saya harap anda dapat doakan kelancaran dan kesihatan saya. Semoga cepat sembuh. Saya juga akan doakan kesejahteraan hidup kita semua. Amin,” ujarnya.

Elyana telah menghidap kanser limfoma sejak 11 tahun yang lalu. – MalaysiaGazette