Home Politik Tiada Parlimen maknanya demokrasi pincang – Ahmad Maslan

Tiada Parlimen maknanya demokrasi pincang – Ahmad Maslan

Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Jika tiada sidang Parlimen maknanya demokrasi pincang. Maka perbetulkanlah.

Itu respon Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengulas kenyataan yang dizahirkan oleh Yang Dipertuan Agong selepas perbincangan khas Raja-Raja Melayu hari ini.

“Menjunjung kasih KDYMM Tuanku Raja-Raja Melayu. Kami telah secara berterusan meminta agar Parlimen dibuka sejak Januari 2021,” ciapnya di Twitter malam ini.

Justeru, Ahmad berharap kerajaan akan segera bertindak berhubung perkara yang sama.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Agong mahu sidang Parlimen dibuat secepat mungkin