Home Politik Sidang Parlimen, Anwar tunggu langkah PM selanjutnya

Sidang Parlimen, Anwar tunggu langkah PM selanjutnya

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melambai tangan selepas selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam satu pertemuan khas bersama pemimpin utama parti politik di Pintu 2, Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL,- Gambar fail.

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang menanti langkah selanjutnya dari Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membenarkan sidang Parlimen dalam masa terdekat.

Itu respon ringkas Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini susulan kenyataan Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan perlunya sidang Parlimen disegerakan.

BACA: Raja-Raja Melayu sokong Parlimen, DUN segera bersidang – Syed Danial

“Menjunjung kasih atas wewenang Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan DYMM Raja-Raja Melayu melalui keputusan yang dizahirkan.

“Saya menanti langkah selanjutnya dari kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengadakan sidang Parlimen sesegera mungkin,” tulisnya di media sosial malam ini.

Presiden PKR itu salah seorang pimpinan politik yang menghadap Agong berkenaan isu yang sama baru-baru ini. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Agong mahu sidang Parlimen dibuat secepat mungkin