Home Nasional Menara telekomunikasi Kota Tinggi terbakar

Menara telekomunikasi Kota Tinggi terbakar

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin mengingatkan orang ramai agar berhati-hati jika menerima emel yang menggunakan profil pemimpin negara, ketua organisasi atau syarikat yang memberikan arahan di luar daripada kebiasaan. - Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Sebuah menara  di Ladang Sibol B, Kota Tinggi pada malam Selasa lalu.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, menara komunikasi milik syarikat telekomunikasi Maxis yang dikongsi bersama dengan Celcom terbakar pada jam 7.04 malam

Katanya, kebakaran itu memusnahkan peralatan, bahagian kabin dan bekalan elektrik di menara  berkenaan.

“Berikutan daripada insiden kebakaran itu, perkhidmatan terjejas serta gangguan liputan dijangka berlarutan untuk tempoh  beberapa hari akan datang.

“Sehubungan itu, pihak MCMC  mengarahkan semua penyedia perkhidmatan yang berada di menara komunikasi itu untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih dengan kadar segera dan difahamkan kerja-kerja sudah dimulakan bagi memulihkan rangkaian komunikasi yang terjejas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebagai langkah sementara, MCMC berkata, Mobile Communications Vehicle (MCV) dan Base Transceiver Station (BTS) akan digerakkan ke lokasi kejadian untuk memberikan perkhidmatan sehingga kerja-kerja baik pulih siap sepenuhnya.

Suruhanjaya itu menjangkakan rangkaian komunikasi yang terjejas akan pulih sepenuhnya selewat-lewatnya pada Selasa depan.

Punca kebakaran masih lagi disiasat, ujarnya. – MalaysiaGazette