Home Sukan Alih prop penaja, UEFA bakal denda pasukan

Alih prop penaja, UEFA bakal denda pasukan

Beberapa pemain dunia mengalihkan botol penaja pada sidang media Euro 2021.

LONDON – Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) mengecam tindakan pemain yang mengalihkan prop iklan penaja selepas Cristiano Ronaldo mengalihkan botol Coca Cola manakal Paul Pogba mengalihkan botol minuman keras, Heineken.

Pemain Itali, Manuel Locatelli turut mengalihkan botol Coca Cola dan menggantikannya dengan botol air mineral.

Jelas UEFA, ia tidak selesa dengan tindakan pemain terbabit dan mendapati penaja mengalami kerugian dan mengancam akan mengenakan tindakan termasuk denda jika ada pemain melakukan perkara sama.

Menurut UEFA, kesatuan itu telah memberi peringatan kepada pasukan yang bertanding pada Euro bahawa penaja merupakan sebahagian daripada kejohanan itu selain memastikan pembangunan bola sepak Eropah berkembang.

Pengarah Euro 2020, Martin Kallen berkata, setiap pasukan menerusi persatuan bola sepak masing-masing telah berikrar akan mengikuti garis panduan yang disediakan.

Menurut Kallen, jawatankuasa pertandingan tidak akan mendenda pemain tetapi mereka akan mendenda persatuan bola sepak jika didapati bersalah.

Sebelum ini, Ronaldo yang meminta orang ramai menolak Coca Cola dan meminum air kosong dengan berkata ‘agua’ yang merujuk kepada air kosong dalam bahasa Portugis.

Kesannya, Coca Cola mendakwa mengalami kerugian £2.9 billion pada hari berikutnya kerana harga saham syarikat yang merosot akibat tindakan Ronaldo.

Sebagai salah seorang manusia paling berpengaruh dalam bidang publisiti, Ronaldo memberi impak yang besar.

Sementara itu, jurucakap Coca Cola berkata, setiap manusia ada pilihan masing- masing dan mereka menghormati pilihan Ronaldo.

“Namun kami ada menyediakan dua jenis Coca Cola. Satu yang asli dan satu lagi tanpa gula, ditawarkan kepada pemain,” katanya. – MalaysiaGazette