Home Nasional 30 PATI baru mendarat terkejut diserbu anggota keselamatan

30 PATI baru mendarat terkejut diserbu anggota keselamatan

30 PATI Indonesia berjaya dicekup sejurus tiba di tepi pantai Kampung  Punggai, Pengerang, Johor.Gambar Ihsan Markas tiga Divisyen

KUALA LUMPUR – Seramai 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejurus tiba di tepi pantai Kampung Punggai, Pengerang, Johor awal pagi tadi.

Mereka yang baru mendarat terkejut dengan kemunculan pasukan ATM dalam keadaan gelap gelita.

Kemasukan PATI itu berjaya digagalkan selepas anggota keselamatan itu  mengesan pergerakan sebuah bot asing yang menuju ke perairan negara.

Bagaimanapun tekong yang menurunkan mereka di dapat berjaya melepaskan diri, kata Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div), Kem Terendak Melaka hari ini.

Kesemua PATI itu berjaya ditangkap dalam kawasan kawalan Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd ) yang terlibat dalam Operasi Benteng pada jam 3.45 pagi.

“Pasukan anggota keselamatan berjaya mengesan pergerakan bot mencurigakan menghampiri pesisir Pantai Kampung Punggai, Pengerang Johor sekitar jam 3 pagi tadi menggunakan Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berfungsi sebagai sistem rangkaian radar 24 jam.

“Maklumat tersebut turut disahkan oleh Sistem Pengawasan Radar Kenderaan Perisai AV8 Gempita serta anggota yang bertugas di Pos Pemerhati,” katanya.

Tambah markas berkenaan, PATI warga Indonesia yang ditahan terdiri daripada lelaki berusia yang berusia antara 21 hingga 46 tahun.

Wang tunai termasuk mata wang ringgit sebanyak RM12,203.32  serta 20 buah telefon bimbit pelbagai jenama dirampas.

Kesemua PATI itu ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Sungai Rengit sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia Setia Tropika, Kempas.

Laporan polis berhubung tangkapan itu telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tekong udah dibayar tambang bot bisa pulang dapat untung tetapi imigresen walaupun rugi nggak dibayar visa dan cukai tetap jamin pati makan tanggung berak tong gratis aja dong. Ingat, mahkamah indon bilang lempar najis tahi indon ke kedutaan Malaysia nggak menyalahi undang-undang indon ya dong.

Comments are closed.