Home Uncategorized Kerja baik pulih Menara Ladang Sibol selesai

Kerja baik pulih Menara Ladang Sibol selesai

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin mengingatkan orang ramai agar berhati-hati jika menerima emel yang menggunakan profil pemimpin negara, ketua organisasi atau syarikat yang memberikan arahan di luar daripada kebiasaan. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja baik pulih menara komunikasi di Menara Ladang Sibol B, Kota Tinggi yang terbakar pada pukul 7.04 malam 15 Jun lalu, sudah dipulihkan sepenuhnya dua hari lebih awal daripada yang dijadualkan.

Menara komunikasi tersebut merupakan menara milik pihak Maxis yang dikongsi bersama dengan Celcom.

Artikel berkaitan: Menara komunikasi di Ladang Sibol, Kota Tinggi terbakar

Justeru, pengguna setempat yang mengalami gangguan akibat kejadian tersebut kini dapat menikmati semula rangkaian komunikasi dan liputan Internet seperti sedia kala, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). – MalaysiaGazette