KUALA LUMPUR – Isu peniaga tempatan dianaktirikan di kawasan pasar borong akibat penguasaan warga asing bukan perkara baharu bahkan ia didakwa masih berlaku sepanjang tempoh darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Meskipun kerajaan sebelum ini melarang warga asing berniaga termasuk menjaja di sekitar pasar borong, namun perkara itu seolah-olah ‘hangat-hangat tahi ayam’ dan berulang setiap kali operasi ditamatkan.
Tinjauan MalaysiaGazette di Pasar Borong Selangor di Seri Kembangan, Serdang hari ini mendapati, warga asing masih kelihatan hampir di setiap sudut pasar basah terbabit, sama ada sebagai pekerja mahupun tauke.
Kehadiran MalaysiaGazette seolah-olah boleh dihidu pihak pengurusan pasar borong terbabit iaitu Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) apabila dua kakitangan muncul secara tiba-tiba.
Tanpa perlu bertanyakan kami dari mana dan tanpa kompromi, kru MalaysiaGazette diminta beredar serta-merta dengan alasan tiada surat kebenaran daripada anak syarikat kerajaan negeri itu.
Tindakan dua kakitangan itu semakin dicurigai seolah-olah ada sesuatu tidak kena dan mereka cuba menyembunyikan sesuatu di dalam Pasar Borong Selangor, yang kini menjadi kawasan larangan kepada petugas media.
Bukan sahaja wartawan malah juru foto dan juru video MalaysiaGazette turut dihalau daripada membuat sebarang rakaman gambar mahupun visual.
Walaupun hanya tiga minit kru MalaysiaGazette berada di pasar borong itu, namun masih sempat meninjau keadaan pasar tersebut yang kuat kedengaran pertuturan bahasa asing daripada warga asing yang berada di merata tempat.
Kejadian itu diakui sendiri salah seorang peniaga di situ yang kini diminta mengosongkan lot perniagaan sayur-sayuran yang diusahakan seorang wanita sejak setahun lalu.
Menurut Siti Salmah Rodzi, 36, pemilik lot niaga meminta dia mengosongkan tempat berniaganya secara terburu-buru, tiga hari lalu dengan alasan atas arahan PKPS sendiri.
“Kakak rasa teraniaya sebab kita baru masuk barang, tiba-tiba pemilik lot cakap kena keluar, dia bagi masa dalam tiga hari suruh keluar.
“Kita terkejut, nak keluar macam mana barang baru masuk beribu-ribu, bukan sikit.
“Pejabat (PKPS) beritahu kepada pemilik lot supaya ambil lot balik, kalau tak ambil pejabat akan tarik, pemilik lot kena berniaga sendiri,” katanya.
Lebih malang apabila pemilik lot masih tidak memulangkan wang deposit berjumlah RM3,000 sedangkan dia perlu mengosongkan lot niaga itu selewat-lewatnya, hari ini.
“Kami cakap kami sewa lot, kami cakap perkara betul, sebulan bayar bukan sikit, sebulan RM3,000 saya bayar (kepada pemilik lot), itu belum kawan-kawan lain.
“Saya ini orang sini, takkan layan saya macam orang asing pula, orang asing boleh lah buat diam saja, buat saja apa nak buat.
“Deposit dekat RM3,000 ada juga rakan lain bayar sampai RM10,000,” katanya.
Katanya lagi, hampir 100 peratus yang berniaga di Pasar Borong Selangor adalah warga asing sebagai tauke dan bukan pekerja sahaja.
“Warga asing ini dia tak cakap banyak, dia takkan minta lot, dia boleh kerja saja di sini sampai bila-bila.
“Berapa sewa pun tak apa, tapi tak syok lah bila kena orang Melayu buat macam ini.
“Saya rasa kecewa sikit, bila kita ambil tindakan sikit, owh macam ini, nak tengok permainan kita macam mana.
“Kalau boleh nak tendang keluar terus, tak adil lah bagi kami, kami pun cari makan juga,” katanya.
Siti Salmah turut mendedahkan warga asing menguasai pasar borong itu bukan perkara baharu malah lebih 10 tahun lalu perkara itu berleluasa.
“Sini rata-rata warga asing, tapi bila serbu hilang, macam mana mereka boleh tahu, bila imigresen masuk saja, hilang.
“Saya ini orang Melayu, saya rasa tertindas, saya disingkirkan macam tu, takkan tidak ada belas kasihan kepada kita Melayu sesama Melayu,” katanya.
Sementara itu, bagi seorang lagi peniaga sayur, Suriani Ramli, 46, turut mengakui rakannya diusir dari lot niaga pasar borong bermula Jumaat lalu.
“Kalau ada lot kosong kita minta, kalau warga asing mereka tak minta lot, tak jadi masalah pun.
“Kalau datang polis atau imigresen pun, bila ditanya pejabat, mereka jawab pekerja (warga asing) sedangkan mereka tauke di situ,” katanya.
Dia juga mendedahkan terpaksa menyewa dengan pemilik lot niaga sehingga RM6,000 sebulan untuk jangka masa pendek sahaja.
“Kalau nak menyewa lama tak mungkin lah, kami orang Malaysia tak kisah lah orang Kedah atau Kelantan, kami bukan warga asing.
“Kami orang Malaysia, kami pun ada hak juga, kalau warga asing boleh menyewa, kami pun nak menyewa juga,” katanya.
Suriani turut mendedahkan daripada 260 lot niaga sayur di pasar borong itu, sebanyak 80 peratus adalah peniaga warga asing.
“Kebanyakan pemilik lot akan sewakan kepada warga asing dari Bangladesh dan Myanmar.
“Kalau ada pun warga tempatan yang berniaga hanya 20 peratus sahaja,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Sampai bila.perkara ni kerajaan nk biarkan, peniaga melayu rakyat Malaysia ssh nk berniaga selagi pendatang haram x di ambil tindakan..dgm siapa lg peniaga² melayu ni nk mengadu..apa kerajaan dan pihak berkuasa buat selama ni kenapa tiada tindakan tegas diambil terhadap pendatang asing yg berniaga di situ..apakah RASUAH MASIH BERLELUASA
Setuju dgn pandangan Harry.
Malaysia Gazette cuba dedahkan nama 2 org pegawai yg mcm penyamun tu..kalau boleh dgn gambar full face musibat tu
Kalau betul seperti apa yang diceritakan maka layaklah PKPS digelar anjing dan haram jadah. Kenapa perlu nak membela warga asing, nak biarkan warga asing meraih pendapatan lumayan sedangkan warganegara dibiarkan merempat dan bersusah payah. Tak kisahlah warga asing tu asa dokumen atau tak yang penting utamakan warga tempatan untuk mencari rezeki. Buat kakitangan pihak berwajib yang berkaitan sekiranya masih terus wujud kes seperti ini maka anda adalah pengkhianat negara yang tak sepatutnya hidup aebagai manusia tapi lebih layak menjadi binatang.
Warga Malaysia perlu pulau peniagaan asing ini dengan jangan membeli di gerai mereka. Saya sudah amalkan bukan sahaja di pasar malah di gerai tepi jalan pun sekiranya mereka menggaji/milik warga asing maka saya tidak kan membeli. Walau pun hanya kecil tetapi diharap akan menjadi trend rakyat Malaysia agar memulau warga asing yang terlibat dengan aktiviti perniagaan.
Yang lahap babi dan mabuk tuak pun ada Melayu kata dah dok lama macam adik-beradik.
Betul apa yang saudara Iffli utarakan. Kita boleh bertindak dari sekarang dengan memulaukan apa saja perniagaan yang dijalankan oleh warga asing. Memang impaknya nampak kecil tapi lama-kelamaan dapat membunuh perniagaan warga asing tersebut. Jika kita semua bersatu hati inshaallah kita akan berjaya. Janganlah berkira sangat jika mahal seringgit dua tapi fikirkanlah masa depan generasi kita sekiranya warga asing ini suatu hari nanti menakluk ekonomi kita. Anak cucu kita akan merempat dinegara sendiri.