Home Dunia Bekas Presiden Iran Rafsanjani meninggal dunia

Bekas Presiden Iran Rafsanjani meninggal dunia

Akbar Hashemi Rafsanjani

TEHRAN – Bekas Presiden Iran, Akbar Hashemi Rafsanjani meninggal dunia pada usia 82 tahun kerana serangan jantung.

Beliau adalah Presiden Iran dari tahun 1989 hingga 1997, merupakan tokoh politik dominan negara itu sejak tahun 1980an.

Rafsanjani memainkan peranan penting dalam revolusi pada tahun 1979 yang kemudiannya menjadi seorang pemimpin konservatif yang tegas.

Beliau dilahirkan pada 1934 di tenggara Iran, merupakan anak petani.

Pemimpin tertinggi Iran, Ali Khamenei menganggap Rafsanjani seorang sahabat perjuangan walaupun berbeza pandangan dan menyifatkan kematian sahabatnya itu sebagai kehilangan yang sukar.

“Berbeza pendapat dan tafsiran dalam tempoh yang panjang ini boleh pernah sekali pun memecahkan persahabatan antara kami, kata Ayatollah Khamenei.

Tehran mengumumkan tiga hari berkabung dan pengebumian Rafsanjani akan diadakan pada hari Selasa yang telah diisytiharkan sebagai cuti umum.

Rafsanjani telah dimasukkan ke Hospital Shohadaa pada hari Ahad dan meninggal dunia di situ.

Presiden Hassan Rouhani kelihatan berada di hospital sebelum Rafsanjani diumumkan meninggal dunia.

Dalam Tweetnya, Hassan berkata: “Manusia revolusi berjiwa besar, simbol kesabaran dan rintangan, telah pergi ke syurga”. – MalaysiaGazette