SEOUL – Korea Utara yang mengecam sekatan terbaru Pertubuhan Bnagsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikenakan ke atas negara itu, bertekad untuk mengambil tindakan sewajarnya.
Negara itu menyifatkan PBB telah melanggar kedaulatan, menurut agensi berita rasminya KCNA.
Kenyataan kerajaan mengulangi pendirian Pyongyang sebelumnya bahawa ia tidak akan menghentikan program nuklearnya di meja rundingan selagi Amerika Syarikat mengekalkan dasar bermusuhan dengan Korea Utara.
Namun, ia tidak memperincikan tindakan yang akan diambil. – MalaysiaGazette