Home Nasional Tiada kompaun sepanjang PKPD Jaya Gading

Tiada kompaun sepanjang PKPD Jaya Gading

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali meninjau situasi PKPD di Jaya Gading

KUANTAN – Tiada kompaun dikenakan kepada penduduk Jaya Gading sepanjang pelaksanaan 14 hari tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daaerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, pihak penguatkuasa berpuas hati kerjasama penduduk dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang diamalkan 9,000 penduduk dan melibatkan 5,300 kediamanan di situ.

Agensi penguatkuasa berganding bahu bersama Pasukan Komuniti Prihatin dalam pemantauan PKPD Jaya Gading

Tambahnya, Pasukan Komuniti Prihatin (PKP) membantu Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang diwujudkan bagi membantu dalam pemantauan penguatkuasaan di lokaliti Jaya Gading dilihat berhasil dan berkesan pelaksanaannya.

“Mereka memantau penempatan, menjadi penasihat kepada masyarakat, membantu dan menyalurkan kepada penduduk, ia memang berkesan dan memberi impak secara lebih berhalus, dekat dan mesra.

“Dalam tempoh PKPD di Jaya Gading, penugasan berjalan dengan baik antara gabungan agensi penguatkuatkuasa bersama PDRM, ATM, RELA, MBK dan PKP.

“Kita dapat mengawal penularan pandemik di kawasan ini di samping memberi kerjasama kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melakukan lebih 500 saringan,” ujarnya.

Katanya, sebanyak 175 kes positif sebelum dilaksanakan PKPD di Jaya Gading dan tiada kluster baru merebak sepanjang tempoh perintah itu dilaksanakan.

Sementara itu, di Gebeng, masih ada segelintir pemain industri yang ingkar dengan tidak mematuhi waktu operasi yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Kompaun ada dikeluarkan kerana beroperasi lebih masa, setelah kompaun dikeluarkan pihak indusri patuhi prosedur operasi standard dan mematuhi waktu operasi yang ditetapkan.

“Terdahulu 94 kes positif sebelum PKPD dan tiada kluster baru wujud sepanjang pelaksanaannya di Gebeng,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN :

Sukarelawan khas bantu penduduk PKPD Jaya Gading

MGNews: Hampir 77 Peratus Golongan Warga Emas Sudah Daftar Vaksin – Khairy

Justeru Mohamad Noor berkata, pihaknya berharap rakyat terus meningkat pematuhan seperti PKPD walaupun ia telah tamat kerana pematuhan ini dilihat positif.

“Di rumah, di luar, pejabat di mana sahaja perlu ada pematuhan SOP dan segera mendaftarkan diri untuk mendapatkan suntikan vaksin.

“Jangan terpengaruh dengan cerita dan rekaan isu vaksin, sebaliknya jangan rasa ragu-ragu bagi memstikan selamat daripada jangkitan Covid-19,” ujarnya – MalaysiaGazette