Home Nasional Indira mahu PM campur tangan cari anak perempuannya

Indira mahu PM campur tangan cari anak perempuannya

Guru tadika, M. Indira Gandhi mahu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin campur tangan bagi menyelesaikan kebuntuannya selama hampir 12 tahun untuk bertemu dengan anak perempuannya.

KUALA LUMPUR – Guru tadika, M. Indira Gandhi mahu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin campur tangan bagi menyelesaikan kebuntuannya selama hampir 12 tahun untuk bertemu dengan anak perempuannya.

Anak perempuan Indira, dipercayai telah dilarikan oleh bekas suami Indira, Muhammad Ridhuan Abdullah yang telah masuk Islam kemudian bertindak menukar agamanya anaknya sekali.

Sebelum ini pada tahun 2009, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh di Perak memberi hak penjagaan tiga anak pasangan itu, Tevin Darsiny, 17; Karan Dinish, 16, dan Prasana kepada Muhammad Ridhuan yang sebelum ini dikenali sebagai K. Pathmanathan selepas beliau menukarkan agama mereka kepada Islam.

Pada tahun 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan hak penjagaan penuh ketiga-tiga anak pasangan itu kepada Indira Gandhi dan memerintahkan Muhammad Ridhuan mengembalikan Prasana Diksa kepada ibunya.

Pada 30 Mei lepas, Mahkamah Tinggi Ipoh menyabitkan Muhammad Ridhuan kerana kesalahan menghina mahkamah dan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya selepas beliau berulang kali gagal menyerahkan Prasana Diksa kepada ibu kanak-kanak itu.

Bagaimanapun sehingga pihak berkuasa gagal menjejaki  Muhammad Ridhuan malah pelbagai usaha yang dilakukan oleh Indira juga tidak berjaya sehingga wanita itu bertindak menyaman kerajaan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sebuah pertubuhan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Pasukan Tindakan Indira Gandhi (Ingat) hari ini mendedahkan pihaknya telah menulis surat kepada Perdana Menteri pada 26 Mei bagi pertemuan tersebut.

Selain Muhyiddin, Indira juga hendak berjumpa Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri.

Jurucakap Ingat, Arun Doraisamy berkata, pihaknya terpaksa mengadakan pertemuan ini kerana juga berbelas tahun ‘perjuangan’ untuk menyatukan Indira dan anaknya namun tidak berjaya.

“Walaupun sudah ada perintah mahkamah tetapi polis tidak ‘aktif’ dalam menjejaki Muhammad Ridhuan ini. Apabila kita mendapat tahu lokasi Prasana dan memberitahu polis, polis pula menjejaki orang yang menyalurkan maklumat tentangnya, apakah lagi pilihan kita ada apatah lagi kami hanya rakyat biasa,” dakwa Arun dalam sidang media secara maya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Keputusan batal saman Indira Gandhi 16 Julai

Mahkamah Tinggi di sini hari ini telah menetapkan 16 Julai depan bagi keputusan pembatalan saman seorang guru tadika yang mendakwa PDRM gagal menangkap bekas suaminya dan memulangkan anak perempuan yang dilarikan lelaki itu.

Permohonan itu dikemukakan oleh KPN dan tiga pihak lain untuk membatalkan saman Indira yang mendakwa polis gagal melaksanakan waran komital terhadap bekas suami mualaf, Muhammad Riduan dan memulangkan anak perempuan mereka. -MalaysiaGazette