Home Sukan Euro 2021: England larang peluk pemain lawan dengan sengaja

Euro 2021: England larang peluk pemain lawan dengan sengaja

Mason Mount dan Ben Chilwell berpelukan dengan bintang tengah Scotland, Billy Gilmour yang disahkan positif.

LONDON – Jurulatih England, Gareth Southgate memberi arahan kepada pemainnya agar tidak menyentuh pemain lawan secara sengaja terutama memeluk rakan-rakan sekelab sepanjang Euro 2020 bagi mengelak jangkitan Covid-19.

Ini kerana selepas skuad Three Lions berisiko kehilangan khidmat Mason Mount dan Ben Chilwell apabila menentang Republik Czech dalam aksi terakhir Kumpulan D pagi esok selepas kedua-dua pemain Chelsea itu berpelukan dengan bintang tengah Scotland, Billy Gilmour yang disahkan positif.

Mereka sepatutnya dikuarantin untuk tempoh 10 hari kerana menjadi kontrak rapat Gilmour namun nasib Mount dan Chilwell akan diketahui beberapa jam sebelum perlawanan.

Kedua-dua bintang Three Lions itu melanggar protokol dengan memeluk rakan sepasukan mereka di Chelsea, Gilmour selepas tamat perlawanan, Sabtu lalu sebelum berbual menuju ke terowong.

Kata Southgate, situasi seperti itu tidak dibenarkan berlaku lagi sepanjang Euro 2020.  – MalaysiaGazette