Home Nasional Pegawai kementerian kaut rasuah lebih RM1 juta direman

Pegawai kementerian kaut rasuah lebih RM1 juta direman

PUTRAJAYA – Seorang penolong setiausaha bahagian sebuah kementerian di sini ditahan reman lima oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi bantu siasatan rasuah bernilai lebih sejuta ringgit.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini sehingga 27 Jun ini.

Suspek dibawa dengan berbaju oren SPRM dan bergari pagi tadi.

Suspek yang berusia 46 itu dipercayai ditahan di ibu pejabat SPRM malam tadi selepas hadir memberikan keterangan.

Sumber mendedahkan, suspek dipercayai telah menerima sebagai balasan membantu 11 syarikat mendapatkan pelbagai kontrak antaranya termasuklah projek bekalan am, perkhidmatan dan pengangkutan di kementerian tersebut.

Antara bentuk rasuah yang diterimanya termasuklah suapan berbentuk wang tunai berjumlah kira-kira RM300,000, barang kemas, tanah lot berkeluasan dua ekar, rumah kedai dua tingkat dan sebuah motosikal dengan anggaran lebih RM1 juta.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. -M alaysiaGazette