KUALA LUMPUR – Pesara tentera, Suria Mohamad Hassan yang tinggal di bawah jambatan bersama keluarganya sebelum ini menggesa agar semua pihak tidak mempersoalkan tentang pencen yang diterimanya.
Menurut beliau, keluarga besarnya tidak memungkinkan pencen yang diterimanya itu mencukupi untuk mereka sekeluarga.
“Bagaimana saya hendak menampung keluarga saya 12 orang, dengan hanya RM1,000 sebulan? Macam mana 12 orang saya nak beri makan, dengan keperluan kesihatan, makan pakai mereka, dan lampin pakai buang mereka.
“Kalau mereka mempersoalkan orang yang bagi bantuan kepada saya, saya kecewa. Saya bersyukur dengan apa yang ada sekarang,” katanya dalam sidang media bersama Persatuan Veteran Angkatan Tenteta Malaysia (ATM) Kuala Lumpur, hari ini.
Hadir sama Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah.
Dalam pada itu, Persatuan Veteran ATM Kuala Lumpur mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak yang berusaha membantu Suria dan keluarganya.
Shamsudin berkata, pihaknya tersentuh dengan bantuan yang diberikan terutamanya daripada Kementerian Pertahanan dan menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Saya rasa pihak JHEV (Jabatan Hal Ehwal Veteran) telah laksanakan bantuan dengan baik dan kita akan meneruskan bantuan bagi memastikan kesihatan anak-anak Suria terjamin.
“Saya yakin dengan kerjasama pelbagai agensi setiap masalah itu ada jalan keluar dan Suria perlu sabar kerana pertolongan itu tetap ada,” katanya dalam sidang media sama.
Sabtu lalu, MalaysiaGazette mendedahkan kisah Suria yang tinggal bersama isteri dan lima orang anaknya di bawah jambatan Loke Yew sejak November 2019.
Susulan pendedahan itu, nasib Suria dan keluarganya mendapat perhatian pelbagai pihak.
Kini pesara tentera itu dan keluarganya dipindahkan ke penempatan sementara di Dewan Orang Ramai di Flat Sri Johor, Cheras.- MalaysiaGazette
Kalo pak pesara bisa berlakon ngomong pati indon ditanggung setiap hari $90 atau $2,700 sebulan termasuk makan-minum dan akomodasi gratis aja di depot imigresen nggak bisa deportasi masa pandemik dong.