Home MGNews MGNews : KPWKM Hantar 14,000 Bakul Makanan, Bantu Penduduk Labuan Terjejas

MGNews : KPWKM Hantar 14,000 Bakul Makanan, Bantu Penduduk Labuan Terjejas

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini menghantar 2,500 unit bakul makanan kepada penduduk Wilayah Persekutuan Labuan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, bantuan itu bagi memenuhi keperluan penduduk Labuan yang kini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).