Pasangan suami isteri yang mempunyai seorang anak dikatakan cacat berpunca daripada kecuaian hospital, minta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi perhatian untuk menyelesaikan masalah dihadapinya.
Fazli Suboh, bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkata, beliau cuba menghubungi Muhyiddin termasuk mengutuskan surat dua minggu lalu, untuk memaklumkan mengenai keadaan yang dihadapinya berkaitan kes samannya terhadap Kementerian Kesihatan (KKM) dan kerajaan Malaysia.