Home Nasional 1.7 juta warga emas sudah suntik vaksin – Rina

1.7 juta warga emas sudah suntik vaksin – Rina

senior citizens Covid-19 vaccine Minister of Women, Family and Community Development Datuk Seri Rina Mohd Harun speaks to the media after visiting homeless army veteran, Suria Mohamad Hassan and his family who used to live under a bridge at Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 19 JUNE 2021
Rina Mohd. Harun. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 19 JUNE 2021

SEPANG – Setakat ini, kira-kira 1.7 juta warga emas di seluruh negara sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, daripada jumlah itu, lebih 500,000 daripadanya telah dilengkapi dua dos sejak fasa kedua PICK pada April lalu.

“Saya dimaklumkan terbaru setakat 20 Jun lepas, seramai 1,742,141 warga emas sudah divaksin daripada 2.4 juta yang berdaftar.

“Lebih daripada 50 peratus warga emas yang telah mendapat vaksin sekurang-kurangnya satu dos dan yang sudah lengkap dua dos vaksin adalah lebih 500,000 warga emas,” katanya kepada media selepas mengadakan tinjauan dan lawatan Program Komuniti Gerobok Rezeki di Baru Salak Tinggi hari ini

Dalam pada itu, sejumlah satu juta warga emas di negara ini masih belum mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin dalam program PICK.

Justeru itu, kementeriannya akan giat menggerakkan sukarelawan di bawah agensinya bagi memastikan baki warga emas didaftarkan untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

“Proses ini berjalan namun masih ada warga emas yang masih belum mendaftar kalau ikutkan 10 peratus daripada jumlah penduduk negara ini iaitu 3.2 juta warga emas, kurang daripada satu juta masih belum mendaftar.

“Usaha ini terus diadakan dari segi advokasi dan pendaftaran rumah ke rumah melalui sukarelawan yang kita gerakkan,” katanya lagi.

Awal Jun lalu, Rina berkata, kira-kira sejuta warga emas sudah mendapatkan vaksin pertama mereka dengan seramai 229,462 lengkap dua dos vaksin. – MalaysiaGazette