Home Utama Tolong peka jika individu rapat ada masalah kemurungan – Rina

Tolong peka jika individu rapat ada masalah kemurungan – Rina

Tiada perbezaan kemurungan antara lelaki dan wanita, - Gambar hiasan.

SEPANG – Ahli keluarga mahu pun rakan-rakan kepada mana-mana individu yang menghadapi masalah kemurungan diminta agar peka dengan situasi golongan itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyrakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, golongan seumpama itu perlu diberi lebih perhatian agar mereka tidak membuat perkara yang tidak diingini.

“Apabila mereka ini mengalami kemurungan, orang yang paling hampir tahu sama ada mereka ini murung adalah ahli keluarga bukan semestinya mereka yang mengalami kemurungan sahaja patut membuat panggilan kepada kami tetapi ahli keluarga juga perlu ambil peduli dalam keadaan sebegini.

“Kalau kita tengok mungkin rakan-rakan atau pun ahli keluarga kita berubah dari segi tingkah laku dan sebagainya cepat-cepat hubungi Talian Kasih,” katanya menjawab pertanyaan media mengenai kes bunuh diri ekoran tekanan disebabkan pandemic Covid-19 hari ini.

Mengulas lanjut, kementeriannya mendapati punca utama mereka mengalami kemurungan sehingga membunuh diri antaranya tekanan ekonomi ekoran dibuang kerja dan tekanan kerja di rumah.

“Di kementerian, kita ada Talian Kasih 15999 yang beroperasi 24 jam dibuka kepada rakyat untuk membuat panggilan, tele kaunseling dengan kerjasama 300 kaunselor yang berdaftar yang boleh memberikan khidmat bimbingan kauseling, dan kita juga ada bilik gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara dan negeri-negeri juga dibuka.

“Keempat kementerian akan gerakkan Skuad Wanita Anti Jenayah (WAJA) yang telah dilatih,” katanya lagi.

Kelmarin , seorang lelaki yang dipercayai kemurungan selepas perniagaannya mengalami kerugian maut selepas terjatuh dari tingkat 10 Pangsapuri Seri Melur, Jalan Bagan Ajam, Pulau Pinang.

Lelaki berusia 26 tahun itu mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis daerah Seberang Perai Utara, ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, hasil maklumat penduduk menyatakan, mangsa Lim Yee Chiak, 26 tahun memasuki pangsapuri terbabit menaiki motosikal melalui laluan utama.

Dia kemudian dikatakan terus menaiki lif dan dilihat duduk berlunjur di balkoni tingkat 10 sebelum bertindak terjun. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Rugi dalam perniagaan, lelaki terjun dari tingkat 10