MGNews: Pegawai Imigresen Mengaku Bersalah Terima Rasuah Didenda RM35,000

Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM35,000 ke atas seorang pegawai Imigresen kerana mengaku bersalah melakukan rasuah.

Tertuduh, Muhammad Solihan Johari, 37, kemudian membayar jumlah denda itu, yang jika gagal berbuat demikian, beliau boleh dikenakan hukuman penjara selama tiga bulan.