Home Dunia Helikopter presiden Colombia ditembak

Helikopter presiden Colombia ditembak

BUCARAMANGA, Colombia – Sebuah helikopter yang membawa Presiden Colombia, Ivan Duque dan beberapa pegawai kanan diserang di wilayah selatan Catatumbo yang bersempadan dengan Venezuela.

Duqure berkata, semua penumpang selamat, termasuk beliau; Menteri Pertahanan, Diego Molano; Menteri Dalam Negeri, Daniel Palacios dan Gabenor negeri Norte de Santander, Silvano Serrano, lapor AP.

“Saya ingin memaklumkan kepada negara bahawa selepas memenuhi komitmen di Sardinata, Catatumbo menghampiri bandar Cucuta, helikopter presiden menjadi mangsa kepada satu serangan,” kara presiden itu dalam kenyataan.

Beliau berkata, peralatan dan kupayaan helikopter tersebut ‘menghalang kematian daripada berlaku’.

Rakaman video yang disiarkan menunjukkan beberapa lubang akibat tembakan ditemui pada helikopter milik tentera udara Colombia itu.

Duque tidak menyatakan masa serangan dilakukan atau siapa beliau percaya melakukannya, namun beberapa kumpulan bersenjata berada di kawasan tersebut.

Presiden itu berkata, serangan ‘bacul’ tidak akan membuatnya berhenti memerangi pengedaran dadah, keganasan dan jenayah terancang.

“Mesejnya ialah Colombia sentiasa kukuh dalam menghadapi jenayah dan institusi kami lebih tinggi daripada sebarang ancaman,” katanya.

Penerbangan yang menuju ke Cucuta itu telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga tergadap ancaman keselamatan berikutan  serangan bom dengan menggunakan kereka dilakukan ke atas sebuah pengkalan tentera pada 14 Jun lalu menyebabkan 36 orang, anggota tenetra dan orang awam, cedera.

Pihak berkuasa Colombia tidak mengesahkan dalang di belakang serangan tersebut, tetapi berkata, mereka mengesyaki ia dilakukan oleh gerila Angkatan Tentera Revolusi Colombia atau kumpulan pemberontak Tentera Pembebasan Nasional.

Tentera Pembebasan Nasional menafikan kumpulan itu di belakang serangan tersebut.

Pada 2018, apabila Duque memulakan tugas sebagai presiden, kerajaan negara itu berkata, ia telah menyiasat ‘kemungkinan serangan’ dirancang terhadap presidan pada majlis awam.

Namun serangan itu tidak pernah berlaku. – MalaysiaGazette