Saturday, November 16, 2024
Home Nasional PKP 3.0: Lanjut atau tidak diketahui hari ini

PKP 3.0: Lanjut atau tidak diketahui hari ini

Hasrat sepasang suami isteri dari Perak yang ingin merentas negeri ke Johor membawa padah semalam apabila pasangan itu dikompaun RM2,000 setiap seorangĀ  kerana didapati belum lengkap vaksinasi Covid-19.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka mengumumkan keputusan sama ada menyambung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sepatutnya berakhir esok atau tidak.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan keputusan kerajaan petang ini.

Semalam tular kenyataan palsu kononnya PKP 3.0 akan disambung dua minggu lagi iaitu sehingga 12 Julai 2021.

Perkara itu telah dinafikan oleh Ismail Sabri.
Pelan Pemulihan Negara (PPN) menetapkan nilai ambang 4,000 kes tujuh hari berturut-turut untuk beralih ke fasa dua pelan tersebut.
Artikel berkaitan:

Peralihan fasa kedua Pelan Pemulihan Negara ikut situasi semasa Covid-19 – PM

Penilaian turut dibuat berdasarkan kapasiti katil di unit rawatan rapi perlu mencapai paras 75 peratus ke bawah di samping 10 peratus populasi telah divaksin.

Berdasarkan perkembangan semasa yang menyaksikan kes harian melepasi 5,000 pesakit tiga hari berturut-turut, begitu juga jumlah kes di ICU masih melepasi 800 kes dijangkakan PKP 3.0 disambung dua minggu lagi.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media di Bukit Gambir baru-baru ini berkata, walaupun kerajaan sudah menentukan nilai ambang tetapi keadaan sentiasa berubah-ubah dan sedikit penyelarasan akan dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara. – MalaysiaGazette