Home Sukan Itali terpaksa berpeluh sebelum pecah ego Austria

Itali terpaksa berpeluh sebelum pecah ego Austria

Itali berpeluh 90 minit buntu mencari gol sebelum meledakkan dua gool kemenangan menentang Austria di masa tambahan untuk mara ke suku akhir Euro 2020.- Pix agensi.

LONDON – Itali dipaksa berpeluh tanpa jaringan selama 90 minit pertama ke atas Austria yang ego di atas padang sebelum perlawanan diheret ke masa tambahan.

Akhirnya pasukan itu berjaya menjaringkan dua gol penting untuk menewaskan ‘tetamu keras kepala’ itu di Wembley untuk mara ke suku akhir Euro 2020 kali ini.

Untuk Austria ia adalah penampilan pertama dalam pusingan kalah mati 16 terbaik dalam kejohanan Euro kali ini dan berdepan pasukan maut, Itali.

Namun Itali tidak diberi laluan mudah untuk mencari gol kemenangan apabila Austria mengheret ke perlawanan masa tambahan selepas mengikat Itali seri tanpa jaringan pada 90 minit pertama.

Ternyata ia satu situasi berpeluh untuk skuad kendalian Mancini untuk mencari gol kemenangan ke atas Asutria yang begitu kebal di kubu pertahanannya.

Itali menerusi Marko Arnautovic membuka jaringan menerusi tandukan namun sistem Video Penolong Pengadil (VAR) membatalkan gol itu atas alasan offside.

Namun dua pemain gantian yang dimasukkan skuad Azzuri, Federico Chiesa dan Matteo Pessina ternyata membawa keajaiban apabila muncul wira memecahkan kubu pertahanan Austria dan menjaringkan dua gol untuk melayakkan pasukan mara ke suku akhir kali ini.

Keputusan itu membantu Itali melebarkan rekod tanpa kalah kepada 31 perlawanan setakat ini sekaligus mengatasi rekod lama di bawah kendalian Vittorio Pozzo antara 1935 hingga 1939.

Austria mempamerkan aksi yang penuh bertenaga dan aggresif sepanjang 90 minit pertama untuk mengecewakan pasukan juara dunia empat kali itu yang buntu dan bergelut untuk memecahkan kubu pertahanan lawan untuk membuka jaringan.

Untuk dua gol kemenangan itu, Itali terpaksa menunggu sehingga masa tambahan minit ke-95 untuk mengkucar-kacirkan kekebalan kubu pertahanan Austria sebelum meledakkan gol di stadium Wembley.

Gol kedua dijaringkan 10 minit kemudian iaitu pada minit ke-105.

Austria memperolehi gol sagu hati pada minit ke-114 menerusi tandukan kencang Sasa Kalajdzic.

Ia juga merupakan gol pertama yang dibolos Itali dalam 12 perlawanan terakhir ini.

Selepas ini Itali akan membuat perhitungan di suku akhir dengan Belgium atau Portugal yang akan beraksi dalam satu lagi pusingan 16 terbaik malam ini untuk merebut slot suku akhir nanti.

Bagi aksi suku akhir nanti, Itali perlu mengatur strategi terbaik mengelak keadaan sama berulang lagi dan tidak buntu dalam mencari gol khususnya menentang jika ditakdirkan berdepan Belgium yang menjuarai kumpulan dengan tiga kemenangan berturut-turut.-MalaysiaGazette