Home Utama Fasa 1 PKP Penuh kekal dalam Pelan Pemulihan Negara – Ismail Sabri

Fasa 1 PKP Penuh kekal dalam Pelan Pemulihan Negara – Ismail Sabri

Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengambil pendirian untuk mengekalkan fasa 1 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia berdasarkan kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kerajaan akan mengekalkan lagi tempoh Fasa 1 di seluruh negara seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum disahkan hari ini.

“Ia mengambil kira situasi semasa ketika ini yang masih belum berjaya untuk beralih dari Fasa 1 ke Fasa 2 apabila graf jumlah kes positif baharu harian menunjukkan trend mendatar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Ismail Sabri, pelaksanaan fasa 1 PKP penuh itu dikekalkan selagi tiga indikator nilai ambang utama tidak dicapai.

Ia adalah purata kes harian Covid-19 menurun bawah 4,000 kes, kadar penggunaan katil di ICU pada paras sederhana serta kadar vaksinasi bagi populasi yang telah menerima dua dos lengkap mencapai 10 peratus.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, peralihan daripada Fasa 1 ke Fasa 2 akan mengambil kira ketiga-tiga indikator itu sebelum ia diputuskan.

“Secara keseluruhan, PPN adalah strategi peralihan keluar dari kemelut pandemik Covid-19 yang merangkumi empat fasa melibatkan pelan peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat,” katanya.

Menteri Pertahanan itu juga turut menjelaskan mengenai kekeliruan peranan pasukan keselamatan terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di dalam Ops yang telah diumumkan sebelum ini.

Katanya, sebelum ini terdapat dua pembahagian tugas antara National Task Force dan Task Force Operasi Pematuhan.

Justeru itu, mesyuarat khas sidang Majlis Keselamatan Negatra (MKN) memutuskan untuk National Task Force dihentikan.

“Memandangkan sudah wujud Task Force Operasi Pematuhan di bawah PDRM yang menjalankan tugas yang hampir sama untuk memantau pematuhan SOP di tempat awam termasuk premis perniagaan, maka Sidang Khas MKN berpandangan tidak perlu diwujudkan Special Task Force lagi.

“Cukup dengan Task Force Operasi Pematuhan PDRM di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya lagi.

Sebelum ini, Task Force yang diketuai oleh ATM menerusi Op BENTENG yang melibatkan kawalan sempadan negara bersama-sama 11 agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan lain-lain.

Task Force Operasi Pematuhan pula diketuai oleh PDRM dan dibantu oleh ATM, APM, RELA, PBT dan lain-lain bagi tujuan pemantauan pematuhan SOP samada melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) atau pemeriksaan di tempat-tempat awam. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

PKP tak tamat esok, bantuan menyeluruh kepada rakyat – PM

1 Komen

  1. Letak jawatan laaa Mail Sabri…kamu Menteri Gagal!!! Kamu makin jd bodoh ikut kebodohan Muhyiddin…berapa tahun lg kamu nak kurung rakyat??? PKP lock down apa dia ni? Kilang2 yg jd pusat Covid kau tak kurung! Rakyat plak ko kurung?? Ko ni tak ada otak kaa? Rakyat nak makan apa dgn tak bekerja?? Tanpa sebarang bantuan???Shame on u!!!!!!

Comments are closed.