KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk memberi diskaun bil elektrik antara lima hingga 40 peratus, tertakluk kepada penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, diskaun sebanyak 40 peratus akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt jam sebulan.
Manakala sebanyak 15 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt jam sebulan.
“Secara keseluruhan, rakyat akan mendapat diskaun berjumlah RM346 juta dan diskaun ini akan berkuat kuasa bagi tempoh tiga bulan mulai bil bulan Julai 2021,” katanya dalam Pengumuman Khas Pemulih hari ini.
Dalam pada itu, kata Perdana Menteri, untuk sektor-sektor ekonomi yang terjejas dilanjutkan tiga bulan lagi diskaun bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi bil bulan Oktober hingga Disember 2021.
Dalam pada itu, kata Perdana Menteri, untuk sektor-sektor ekonomi yang terjejas diskaun bil elektrik sebanyak 10 peratus dilanjutkan tiga bulan bagi bil bulan Oktober hingga Disember 2021.
“Ini khusus kepada pengendali hotel, taman-taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat pelancongan tempatan dan juga agensi penggambaran.
“Juga bagi pemberian diskaun elektrik kepada pengguna domestik dan bukan domestik ini, kerajaan akan menanggung kos tambahan sebanyak RM1 bilion,” ujarnya. -MalaysiaGazette